Akhie Jom merupakan komuniti yang mengajak masyarakat menjadi soleh. Ikuti Facebook, Instagram dan Twitter Akhie Jom.

Kenali Kami



Permulaan

Bismillah. 'Akhie Jom' merupakan komuniti yang mesra buat semua khususnya Remaja & Pemuda hari ini. Akhie Jom di asaskan pada awal bulan Mei secara tidak langsung. Alhamdulillah kini mempunyai Website sendiri dan secara langsung membawa identiti yang tersendiri.

 'Akhie Jom?' diasas oleh Saudara Syed Qusyairi dengan kasih sayang di Subang Bestari,Shah Alam atas asbab mempelbagai pendekatan Dakwah & Pembinaan Rohani di kalangan Pemuda. Sebagaimana kita ketahui bahawa pemuda hari ini merupakan 'aset' yang bernilai pada masa hadapan. Oleh itu, sama-sama perlu untuk menjaga & mengajak agar kita mempunyai Pemuda Islam yang Kuat dari segi mental & fizikal.

 Matlamat

Kami berharap sokongan daripada semua pihak dari serendah-rendahnya sehingga setinggi-tingginya, bersama membantu untuk perkembangan kita di masa hadapan.

Visi | Mengajak Masyarakat buat Baik & Soleh

Misi | Sekurang-kurangnya setiap Keluarga mempunyai seorang anggota yang memahami dalam bidang agama.

Perjalanan

Kami berharap komuniti Akhie Jom? bertambah dari semasa ke semasa Insya-Allah sehingga komuniti ini menjadi wadah perbincangan ilmu, dakwah, terbiah, kaunseling dll. Juga kami mengharapkan tunjuk ajar dari komuniti besar seperti Al-Kahfi Services, Institut Al-Qayyim, Tarbiah SentapLangit Ilahi dan lain-lain komuniti.

Penutup

Seperti biasa sebagai seorang manusia kami tidak terlepas dari kesalahan. Maka jika Sahabat semua nampak / terasa hati, teguran & tunjuk ajar amatlah kami hajati


Know us

Bismillah. 'Akhie Jom' merupakan komuniti yang mesra buat semua khususnya Remaja & Pemuda hari ini. Akhie Jom di asaskan pada awal bulan Mei secara tidak langsung. Alhamdulillah kini mempunyai Website sendiri dan secara langsung membawa identiti yang tersendiri.

Contact us

Name

Email *

Message *