Akhie Jom merupakan komuniti yang mengajak masyarakat menjadi soleh. Ikuti Facebook, Instagram dan Twitter Akhie Jom.

Wednesday, November 02, 2016

Harga Barang Naik : Menaikkan Pahala atau Menaikkan Dosa?

Harga-Barang-Naik-Menaikkan-Pahala-atau-Menaikkan-Dosa

Sejak kebelakangan ini, telah menggusarkan hati 'netizen' di Negara kita tentang harga minyak dan barang naik.

Natijahnya, ramai yang menyuarakan luahan hati tidak bersetuju. Ada yang mengutuk, mencaci, mengeji etc. Ada juga yang tidak menghiraukannya.

Namun sebagai seorang yang beriman, bagaimana cara yang terbaik dalam menghadapi Ujian ini?


gambar-ustaz-dr-fadlan-mohd-othman
Sumber gambar : Tv Sunnah

Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman memberikan solusi kepada kita 


"Cara Meraih Pahala dan Jaminan dari Allah walaupun Harga Barang Naik serta Cara Menjauhi Dosa ketika ditimpa Ujian seperti Harga Barang Naik"

Harga barang ini, ada masa naik ada masa turun. 

Mungkin disebabkan harga pasaran global, mungkin juga disebabkan oleh penentuan pemerintah setempat.

Apa pun sebabnya, kita boleh pilih untuk Memburu Pahala atau Menempah Dosa.


Pahala Masa Harga Barang Naik


Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ajar kita, bila ditimpa musibah untuk istirja' dengan menyebut: 


"Inna lillahi wainna ilaihi raji'un"

Istirja' ini juga disebut dalam Al-Quran: AlBaqarah :156


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Terj: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Dan Baginda (Bacalah Selawat) ajarkan untuk tambah:


"Allahumma'jurni fi musibati hazihi, wa akhlif li khairan minha"

Tambahan itu bermaksud: 


"Ya Allah, berilah kepadaku pahala dalam musibahku ini, dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya"


Jaminan dari Allah Taala walaupun ada musibah seperti harga barang naik


Nabi Muhammad (Bacalah Selawat) bersabda sesiapa baca Istirja' dan Tambahan doa itu, 

"Pasti Allah beri pahala kepadanya dalam musibahnya itu dan gantikan untuknya sesuatu yang lebih baik daripadanya."

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rahimahullah dan secara penuh boleh dilihat di sini

سمعتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يقول: ما من عبدٍ تصيبُه مصيبةٌ فيقول : إنا لله وإنا إليه راجعوناللهمَّ ! أْجُرْني في مصيبتي وأَخلِفْ لي خيرًا منها - إلا أجَره اللهُ في مصيبتِه . وأخْلَف له خيرًا منها . قالت : فلما تُوفِّيَ أبو سلمةَ قلتُ كما أمرني رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ . فأَخلَفَ اللهُ لي خيرًا منه . رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ 
الراوي : أم سلمة هند بنت أبي أمية | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 918 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | انظر شرح الحديث رقم 20590

Jom kita beriman dengan dalil ini dan mengamalkannya!

Yakinlah dengan gantian yang Allah Taala janjikan untuk kita melalui lisan NabiNya!

Harga-Barang-Naik-Menaikkan-Pahala-atau-Menaikkan-Dosa


Dosa Bila Harga Barang Naik


Caranya ialah dengan:

1. Memaki hamun pemimpin, kerajaan dan Orang Lain.

Ini kerana orang yang beriman sifatnya ialah "Bukan banyak melaknat, banyak menuduh, bercakap kotor dan bercakap keji"...

Dalilnya (klik sini) : 

‎ ليسَ المؤمنُ بالطَّعَّانِ ولا اللِّعانِ ولا الفاحشِ ولا البذيءِ
 الراوي : عبد الله | المحدث : الوادعي | المصدر : الفتاوى الحديثية
الصفحة أو الرقم: 1/433 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
2. Mempersendakan Pemimpin, Kerajaan & Orang Lain.

Dalil Surah Al-Humazah : 1


وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

Terj: Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.

3. Mengumpat Pemimpin, Kerajaan dan Orang lain.

Ini kerana jika kita menyebut sesuatu tentang pemimpin di belakangnya, dalam keadaan memang dia buat perkara itu namun dia tidak suka kita menyebut perkara itu; sememangnya kita telah mengumpat.

Adapun bila kita menyebut sesuatu tentangnya yang dia tidak buat; maka kita telah membuat tuduhan palsu (buhtan).


Dalilnya (Klik Sini)
 أتدرون ما الغيبةُ ؟ قالوا : اللهُ ورسولُه أعلمُ . قال : ذكرُكَ أخاكَ بما يكرهُ ، قيل : أفرأيتَ إن كان في أخي ما أقولُ ؟ قال : إن كان فيه ما تقولُ ، فقد اغتبتَه  وإن لم يكنْ فيه ، فقد بهتَّه
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2589 | خلاصة حكم المحدث : صحيح | شرح الحديث

Pilihan di tangan anda:

Setelah mengetahui hal ini, terpulanglah kepada anda untuk pilih menaikkan pahala atau menaikkan dosa?

Harga barang itu dah memang naik pun, tapi adakah nak pahala atau dosa?

Saya yakin anda akan pilih pahala.

DFO
1 Safar 1438h
1 Nov 2016

Sumber : https://www.facebook.com/Dr.Fadlan/posts/10210253741717618

Know us

Bismillah. 'Akhie Jom' merupakan komuniti yang mesra buat semua khususnya Remaja & Pemuda hari ini. Akhie Jom di asaskan pada awal bulan Mei secara tidak langsung. Alhamdulillah kini mempunyai Website sendiri dan secara langsung membawa identiti yang tersendiri.

Contact us

Name

Email *

Message *