BREAKING NEWS

Hiburan

Kehidupan

Dakwah Tarbiah

Friday, September 23, 2016

Bangunlah Duhai Ummah!

download Bangunlah Duhai Ummah!

"Aaaah!, $#!@ la kau ni.. kau hengat hensem sangat??! $!@% Cik Bedah itu aku punya! yang ko dekat dengan dia tu A.P.A Khall?" - bentak Meon.

"Sumpahh, aku tak da apa-apa dengan dia. Aku 'just' tanya 'assignment' je" - pujuk Jajan.

"Amikkk niii...." *dusshh...KAPOW*

Nota : Meon fakulti lain. Jajan  fakulti lain.

- Tamat -

Inilah realiti yang berlaku di Negara kita, isu yang hanya berputar-putar tentang; 

" lelaki berebut perempuan, perempuan jadi lelaki, cerai baru kahwin, confuse nak pilih lelaki mana dll. "

Nota : sila rujuk akhbar-akhbar

Natijah dari sudut lain; menjadikan masyarakat lalai, pecah-belah, hilang adab dll.

Konsep Media Sosial asalnya ingin menjalinkan tali persaudaraan, membina 'networking'. Kini menjadi medan peperangan Alam Maya.

Sehingga Isu yang lebih besar diabaikan. 

download Bangunlah Duhai Ummah!

 Realiti Saudara Islam kini 

Saudara kita di Selatan Thai; sudah berapa lama ditindas?

Saudara kita di Rohingya; sudah berapa lama diseksa?

Saudara kita di China; sudah berapa lama dipijak-pijak?

Saudara kita Kashmir; sudah berapa lama dibunuh-bunuh?

Saudara kita di Palestin; sudah berapa lama diperangi?

Saudara kita di Syria; sudah berapa lama diusir?

Saudara kita di Afrika; sudah berapa lama kekurangan sumber?

Duhai Umat bangunlah!

Bangun demi Islam, Bangkit demi Saudara

Bukankah kita ini bersaudara?
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
Terj: Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. 

 Sedarlah Wahai Ummah! 

Umat perlu bangun dan sedar bahawa dunia kian tenat. Pada bila-bila masa boleh rebah tersembam.

Segalanya bermula dengan mendidik (tarbiah) diri dan keluarga.

download Bangunlah Duhai Ummah!

Teringat Mafhum kata-kata Dr. Fathi Yakan Rahimahullah :

" Sekurang-kurangnya setiap keluarga mempunyai satu ahli yang mendalami agama, agar suatu masa dia boleh menegur atau menunjuki jalan yang benar"

Benar, didik lah diri kita dan anak-anak menjadi seseorang yang berguna buat Ummah.

Kita sedang melalui fasa di mana umat tenat ditambah kekurangan Pendakwah yang murabbi.

Thursday, September 22, 2016

3 Langkah Buat Blog dengan Mudah dan Pantas di Blogspot 10 Minit.

Pernah tak anda bayangkan mempunyai Blog sendiri?

download 3 Langkah Buat Blog
" Boleh 'share' pengalaman, share gambar, kongsi tentang kehidupan atau paling 'best' boleh menghasilkan duit! " 

Amaran : Tutorial ini untuk mereka yang ingin buat blog dengan Mudah dan Pantas.

Pada mulanya saya tak terfikir pun ingin buat blog. Dengan berbekalkan Google *haha* dan terus 'mencuba'.

Tup tap.. terhasil lah blog yang cool ini. hiks.

Nota : pastinya cubaan buat blog itu ada jatuh dan bangun.

Menariknya kita boleh 'promote' Media sosial kita seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain.

 Cara membuat blog di Blogspot 

1. Anda perlu ada Akaun di Google, jika belum ada (klik sini).

Kenapa perlu Akaun Google? kerana Blogspot merupakan salah satu aplikasi google. 

Dengan akaun ini juga anda boleh akses mana-mana aplikasi google seperti; google plus etc.

Kelebihannya google akan memudahkan blog anda dijumpai di bahagian 'carian' dengan mengikuti 'guidelines' darinya.

2. Login di Blogspot.

Setelah siap bina Akaun Google (klik sini) untuk ke blogspot dengan memasukkan Akaun Google.

3. Laman Blogger Anda

a. Klik pada 'New Blog' 

download cara buat blog

b. Dan akan keluar seperti gambar di bawah :

download Cara Buat Blog

1. Title = tajuk blog anda cth: Akhie Jom, Tarbiah Sentap, Langit Ilahi etc.

2. Address = alamat blog anda cth : akhiejom.com, tarbiahsentap.com, langitilahi.com etc.

3. Template = tema blog anda.

c. Apabila siap, tekan "Create blog". Waalaah. Keluar ini.

download Cara Buat Blog

1. View blog: nak lihat realiti blog anda contoh :

2. Post/(icon tulis) :  tulis Post

download Cara Buat Blog


Jom nantikan sambungannya. Kami menunggu respon dari anda. Boleh komen di bawah.

Tuesday, September 20, 2016

Bagaimana Allah mengurniakan Bahagia, Gembira dan Tenang kepada kita?

download Bagaimana Allah mengurniakan Bahagia, Gembira dan Tenang kepada kita?

Pernah tidak kita impikan:

"Kehidupan yang bahagia, hati yang gembira,hidup yang aman..."

Pernah kan??

*pernahhh..*

Majoriti penduduk bumi inginkan kebahagian,ketenteraman dan keamanan.

Maka atas sebab itu kita mempunyai cara tersendiri untuk merealisasi impian tersebut.

Ada antara kita yang berkemampuan, cara mereka; dengan 'travel', makan sedap2, 'hangout' dll.

Manakala sebaliknya, mereka mempunyai cara yang tersendiri.

Namun pernah tidak kita terfikir?

"Kebahagian, ketenteraman dan keamanan yang dikecapai ketika sedang 'travel', 'hangout' dll. adalah tidak KEKAL"

 Benar..Iyee, kita merasa seronok tetapi dalam waktu itu je lah. Selepas itu? *dusshh*..

Semuanya hilang... H.I.L.A.N.G *sila ulang 3x*

Salah ke , nak 'travel', lepak, makan sedap2 dll.?

Nope, tak salah.

Then, bagaimana caranya?

Allah memberikan solusi dalam kitab-Nya (Al-Quran).

Jom hayati?

Firman Allah dalam Surah Al-Ra'd: Ayat 28


الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Terj:(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

download Bagaimana Allah mengurniakan Bahagia, Gembira dan Tenang kepada kita?

Ada banyak cara boleh kita mengingati Allah, antaranya :

  1] Lazimi pembacaan Al-Quran

    Firman Allah dalam Surah Al-Qamar: Ayat 17
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ
Terj: Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?


  2] Lazimi zikir-zikir

    Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab: Ayat 41
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Terj: Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya

  3] Fikir tentang kekuasaan Allah; makhluk, kejadian  alam, Sains dll.

    Firman Allah dalam Surah Al-Hajj: Ayat 18
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ
Terj:Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi,
وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ
Terj: dan matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? 
وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ ۗ 
Terj: Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya
وَمَنْ يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُكْرِمٍ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ 
Terj:Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.

 Janji Allah bagi Hamba-Nya 

Allah menjanjikan bahawa sesiapa yang melakukan:
  • Amalan Soleh sama ada Lelaki atau Perempuan
  • Beriman kepada Allah tanpa Syirik
Dia akan beroleh Kehidupan yang Baik; bahagia, gembira,tenang dan aman.

Dan Allah mengganjarinya dengan ganjaran yang lebih dari apa  yang dia lakukan.

Allah berfirman dalam Surah An-Nahl: Ayat 97
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ

Terj:Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan 
وَهُوَ مُؤْمِنٌ
Terj:dan dia dalam keadaan beriman

فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Terj: Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Dalam Tafsir Ibn Kathir; 

Amalan Soleh merupakan = amalan yang mengikut kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya

Kehidupan Baik = merangkumi "Istirahat" dari pelbagai sudut; rezeki yang halal dan baik, kebahagian, dll.

download Bagaimana Allah mengurniakan Bahagia, Gembira dan Tenang kepada kita?

 Hakikat Kebahagian 

Ramai mencari kebahagiaan, sedangkan ia boleh dicari dengan mengingati Tuhan.

Ramai menanti kegembiraan, sedangkan ia boleh didapati dengan membaca Al-Quran.

Ramai meninggalkan ketenangan, sedangkan ia boleh dijumpa dengan bangun bersolatan.

Hakikatnya Sebenar-benar Kehidupan yang Baik adalah Syurga Allah.

جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
Terj:Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. 

Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.

Thursday, September 15, 2016

10 Orang di jamin SYURGA ini mampu membuatkan anda ingin menjadi seperti mereka.

download 10 orang dijamin Syurga

Semua orang inginkan syurga, tetapi tahukah anda bahawa ada 10 orang lelaki yang 'confirm' ke Syurga dengan Izin Allah.

Masya-Allah, Siapakah mereka?

Wuu~mesti semua tertanya-tanya kan?

Akhie Jom? Kita ketahui mereka, barangkali ada 'secret weapon' yang mereka guna.


 Sahabat Syurga 

Mereka adalah 10 Sahabat Nabi Muhammad(bacalah Selawat).

Nabi menyebut nama mereka secara jelas dalam hadith yang berbunyi seperti ini :
 أبو بَكرٍ في الجنَّةِ وعمرُ في الجنَّةِ وعثمانُ في الجنَّةِ وعليٌّ في الجنَّةِ 
Terj: Abu bakar dalam Syurga,dan Umar dalam Syurga,dan Uthman dalam Syurga,dan Ali dalam Syurga,

وطلحةُ في الجنَّةِ والزُّبيرُ في الجنَّةِ وعبدُ الرَّحمنِ بنُ عوفٍ في الجنَّةِ
Terj: dan Talhah dalam Syurga , dan Zubair dalam Syurga, dan Abdur Rahman bin Auf dalam Syurga

وسعدٌ بنُ أبي وقاصٍ في الجنَّةِ وسعيدٌ بنُ زيد في الجنَّةِ وأبو عبيدةَ بنُ الجرَّاحِ في الجنَّةِ
Terj: dan Sa'ad bin Abi Waqash dalam Syurga, dan Sa'id bin Zaid dalam Syurga, dan Abu Ubaidah bin Al-Jarah dalam Syurga.

(Hasan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani, Sahih oleh Ibn Hibban & Albani)

info : selain 10 orang sahabat nabi ini terdapat pula sahabat lain yang dijamin Syurga oleh Rasulullah. Mereka lebih dikenali dengan Al-‘Asyarah al-Mubassyirin bi al-Jannah ( 10 orang yang diberitakan Syurga).

download 10 orang dijamin Syurga

 Siapakah Mereka ini? 

1] Abu Bakar As-Siddiq (Redha Allah keatasnya)

 Nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah. Khalifah pertama orang Islam. Wafat  bulan Jumadil Awal tahun 13 H ketika berumur 63 tahun.

2] Umar bin Al-Khattab (Redha Allah keatasnya)

 Nama Umar bin Al-Khattab. Khalifah kedua umat Islam. Syahid pada bulan Dzulhijjah tahun 23 H.

3] Uthman bin Affan (Redha Allah keatasnya)

 Nama Uthman bin 'Affan. Khalifah ketiga umat islam. Syahid pada bulan Dzulhijjah setelah Idul Adha tahun 35 H dalam umur sekitar 80 tahun.

4] Ali bin Abi Talib (Redha Allah keatasnya)

 Nama Ali bin Abi Talib. Khalifah keempat umat islam. Syahid pada bulan Ramadhan tahun 40 H pada umur 63 tahun.

5] Talhah (Redha Allah keatasnya)

 Nama Talhah bin Ubaidillah. Digelari dengan Talhah Al-Fayyad. Syahid pada perang Jamal tahun 36 H dalam umur 63 tahun.

6] Az-Zubair (Redha Allah keatasnya)

 Nama Zubair bin Awwam. Perwira perang pada zamannya. Syahid pada tahun 36 H setelah pulang dari perang Jamal.

7] Sa'ad bin Abi Waqash (Redha Allah keatasnya)

 Nama Sa'ad bin Abi Waqash. Panglima perang pada zamannya. Wafat di ‘Aqiq pada tahun 55 H. 

Beliau adalah yang paling terakhir meninggal di antara sepuluh orang sahabat yang dijamin masuk syurga.

8] Abdur Rahman bin Auf (Redha Allah keatasnya)

 Nama Abdur Rahman bin Auf. Jutawan pada zamannya. Wafat pada tahun 32 H.

9] Sa'id bin Zaid (Redha Allah keatasnya)

 Nama Sa’id bin Zaid. Komandan perang pada zamannya. Wafat pada sekitar tahun 50 H.

10] Abu 'Ubaidah (Redha Allah keatasnya)

 Nama sebenar Amir bin Abdullah Al-Jarah. Penjaga Amanah Umat islam. Wafat syahid disebabkan oleh wabak menular Amwas pada tahun 18 H dalam umur 58 tahun. 

sumber lain-lain : 
1] Para Ulama Ahlul Hadith

download 10 orang dijamin Syurga

Wednesday, September 07, 2016

Pengertian Iman dan Akhlak serta hubungan kedua-duanya


Anda setuju tidak? Jika saya katakan :

"Bukan semua orang yang beriman ada Akhlak dan Bukan semua orang yang berakhlak ada Iman."


ke 'confuse'?


Warning : Haaa.... kalau 'confuse' atau  'keliru', dinasihat untuk baca entri ini. Kalau belum mampu, tekan butang 'Share'. Su.Pa.Ya mereka yang keliru dapat membacanya. Kannn? trimas.


Terima kasih kerana meneruskan pembacaan ini . Percayalah banyak benda 'baru' yang boleh kita manfaatkan. *baring dan rileks*


Oraite, Jom kita bahagikan kepada beberapa tajuk kecil untuk memudahkan kita lebih fokus dan teratur:



  • Iman sebagai kekuatan, Akhlak sebagai perisai.
  • Ibarat mempunyai Kertas tetapi tiada Pensil.
  • Ujian bagi orang-orang yang bertakwa.

Download Erti Iman dan Akhlak

 Iman sebagai kekuatan, Akhlak sebagai perisai 
  • Apakah maksud Iman?
Iman adalah : percaya


  • Menurut istilah : 

تَصْدِيْقٌ بِاْلقَلْبِ، وَإِقْرَارٌ بِاللِّسَانِ، وَعَمَلٌ بِاْلأَرْكَانِ

Terj: Kamu membenarkan pada Hati, berikrar pada lisan, dan beramal dengan perbuatan.


  • Rasulullah (Bacalah Selawat) bersabda :

" Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahkan ia dengan tangan (kekuasaan / kekuatan), Jika tiada kemampuan, ubahlah dengan lisan (nasihat) , Jika tiada kemampuan, maka dengan hati (benci kepada perkara tersebut) dan itulah (hati) selemah-lemah Iman. " - Muslim.

Inilah difahami oleh Sahabat Nabi (Redha Allah ke atas mereka) dari Rasulullah (Bacalah Selawat) bahawa Iman adalah pegangan, dan perkataan, dan perbuatan,


|Bertambahnya (iman) dengan ketaatan, dan menurunnya (iman) dengan maksiat


  • Apakah Maksud Akhlak ?
Akhlak adalah : perilaku,adab,moral,sivik

Bagaimana Akhlak Nabi Muhammad (Bacalah Selawat)

  • Firman Allah dalam Surah Al-Qalam: Ayat 4 
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
Terj : Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung.


  • Dari Anas (Redha Allah baginya) berkata:
" Nabi (Bacalah Selawat) Sebaik-baik manusia pada Akhlaknya" Bukhari & Muslim.


  • Dari Aisyah (Redha Allah baginya berkata: 
"Akhlak Nabi seperti Al-Quran" - Muslim.




 Ibarat mempunyai kertas tetapi tiada pensil 


Alhamdulillah tadi kita dah tahu serba-serbi 'Intro' tentang Iman & Akhlak. Sekejap lagi kita bakal tahu apa kaitan Iman & Akhlak ini?

Sabda Nabi (Bacalah Selawat): 


" Barangsiapa yang Beriman kepada Allah dan Hari Akhir, Maka berkatalah perkara yang baik atau diam,

dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, Maka jangalah menyakiti Jirannya,


dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, Maka muliakanlah tetamunya." - Al-Bukhari 


Perasan tak? 

Iman dan Akhlak berjalan seiringan ibarat macam pegang tangan gituu.


Info : jika kurang  jelas boleh tengok gambar di bawah.


Download Erti Iman dan Akhlak

Kalau sahabat semua perasaan persoalan dari saya pada mula-mula :

"Bukan semua orang yang beriman ada Akhlak"
"Bukan semua orang yang berakhlak ada Iman"

Maka kita jangan pelik tengok lelaki ini baik; tutur katanya sopan tetapi bab tutup aurat 'kureng' sedikit.

Tengok perempuan ini tutup penuh; jalannya lemah-gemalai tetapi bab berakhlak 'kureng' sedikit.

" Aku kalau tak tutup aurat pun takpe, yang penting hati baik.. daripada orang tutup aurat tapi..hmm, perangai...."

Mesti pernah dengar kan penyataan di atas ini? *ataupun sebaliknya*


Sebenarnya Tutup Aurat satu bab yang lain dan Akhlak satu bab yang lain. Berbeza-beza gitu. 


Menutup aurat itu perlu dan berakhlak itu perlu. Kelak nanti masing-masing akan dipertanggungjawab hadapan Allah.


Hati yang baik mestilah menjadikan kita seseorang yang patuh pada perintah Allah. seperti berakhlak, menutup aurat, jauhi zina, dll.


Nabi Muhammad (Bacalah Selawat) bersabda :


".... Sesungguhnya di dalam diri manusia itu, ada segumpal darah (Hati), jika ia baik , maka baiklah keseluruhan anggota badan (manusia itu sendiri), jika buruk(rosak) ia, maka rosaklah keseluruhan anggota badan (manusia), Sesungguhnya ia adalah Hati. " - Bukhari & Muslim


 Persoalannya:  kita nak jadi orang yang mana?


Download Erti Iman dan Akhlak

 Ujian untuk menjadi orang-orang yang bertakwa 

Jadilah orang-orang yang bertakwa. 

Firman Allah : 


إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
Terj : Sesungguhnya yang paling Mulia di kalangan kamu adalah mereka yang bertakwa.

Bagaimana menjadi orang-orang bertakwa?


Melaksanakan perintah Allah dan Meninggalkan Larangan-Nya.


Mesti BacaCara Menjadikan Anda Seorang Muslim yang Terbaik Sepanjang Masa

Orang-orang yang bertakwa, mereka tidak mengharapkan sangkaan manusia. Mereka meletakkan setinggi-tinggi tawakkal pada Allah.


Bukan bermakna mereka tidak berusaha, tetapi pada hujung usaha mereka adalah Tawakkal.


Sudah menjadi 'adat' bahawa setiap orang akan diuji. Ujian ini merupakan antara sebab Allah menjadikan kita.



  • Firman Allah dalam Surah Al-Mulk: Ayat 2 

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Terj: Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,


  • Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut: Ayat 2

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Terj: Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

  • Firman Allah dalam Surah Muhammad: Ayat 31
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
Terj : Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.

Bentuk-bentuk Ujian



  • Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah: Ayat 155
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Terj: Dan sungguh akan Kami berikan UJIAN kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

  • Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi: Ayat 7
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Terj: Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami MENGUJI mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.

  • Firman Allah dalam Surah Al-An'am: Ayat 165
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ 
لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Terj : Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk MENGUJIMU tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Akhir kata, kita hidup di dunia ini hanyalah sementara yang kekal Akhirat kelak.

Berikan komen anda di bawah sebagai respon. Mudah-mudahan sama-sama beroleh manfaat.

Saturday, September 03, 2016

Edisi Khas Kita Hamba Allah yang Merdeka

Download Hari Kemerdekaan Malaysia ke-59

 Bismillah. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah setinggi-tingginya atas kurnia-Nya.

Tambahan pula, Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 59 pada beberapa hari lepas. 

Alhamdulillah.

Mudah-mudahan semua sihat walafiat supaya sama-sama dapat pertingkat amalan. Insya-Allah.

Akhie Jom?

Dalam entri ini anda bakal ketahui :
  • Siapakah dia 'Penjajah' yang Tak lapok dek zaman.?
  • Kerosakan yang Berlaku Akibat 'Penjajah' ini.
  • Bagaimana hendak Selesainkannya?

Baca : 3 Cara Menghindari Maksiat PANTAS & BERKESAN 



 'Penjajah Nafsu' 

"Atok dengan Nenek dahulu masa zaman Jepun, Belanda, British, nak makan Nasi pun susah..Ubi kayulah sebagai penguat, 

Air??  setiap pagi kena ambil di perigi, jalan kaki ber'km-km'. Alhamdulillah La ni semua dah ada Ayam celup tepung (KFC) dll......"

*sambil bercucuran air mata*

Begitulah mungkin sebahagian dari kita mendengar dengan khusyuk kisah-kisah dari mereka (Moga Allah Rahmati Mereka), 

walaupun bukan nak dengar sejarah sangat pun, tetapi saja nak dengar celoteh dan luahan mereka 

*hehe..pengalaman*

 Saban tahun kita menyambut kemerdekaan dengan melaung slogan "Merdeka"  menunjukkan 

bahawa kita benar-benar Merdeka dari penjajah lalu menzahirkan kecintaan kita pada tanah air ini.

Namun seperkara yang  patut kita risau dan kebanyakkannya merebak pada masyarakat 
khususnya Pemuda-Pemudi kita; 

Iaitu 'Penjajah Nafsu' (diri sendiri),di mana Penjajah ini tak lapok dek zaman *betul ke peribahasa ini?*, dulu kini dan selamanya.


Baca : Pemuda Pemudi Pemimpin Masa Hadapan


Nabi Muhammad (Bacalah Selawat) bersabda :

عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : " لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُوْنَ هَوَاهُ تَبَعاً لِمَا جِئْتُ بِهِ "
Terj : "Tidak beriman salah seorang diantara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa"

(Hadith Hassan Sahih - Hadith 41 dalam 40 Hadith Imam Nawawi).

Sungguh jelas hadith di atas menggunakan Feel Mudhori' ( Perbuatan pada masa sekarang dan akan datang); 

menunjukkan bahawa 'Penjajah Nafsu' pasti ada walaupun Nabi telah bersabda 1400 lebih hijriah yang lepas.

Inilah dia di sebut sebagai 'Penjajah Nafsu'. Ramai manusia lupa akan dia, sedang dia ada pada setiap jiwa-jiwa yang hidup.


Download Hadith 41 dalam 40 Hadith Imam Nawawi

 Akibat 'Penjajah' Kita Menderita 

Penjajah yang Zahir = nyata / nampak ; seperti Jepun, Belanda & British mengakibatkan masyarakat 

pada ketika itu dihimpit dan ditekan dari sudut fizikal seperti makanan berkurangan, susah nak praktikkan agama, pembelajaran dan lain-lain lagi.

Namun 'Penjajah Nafsu' ini bersifat Batin = dalaman  ; pada permulaannya mungkin nampak sedikit tetapi kesannya adalah Jangka Masa Panjang. 

Maka atas sebab sedikit lah kita perlu bendung. 

Kita mungkin tidak boleh menghilangkannya tetapi kita boleh didik & tarbiah.

Ok, kita jadikan 'simple' apa beza 'Bun*h Diri Terjun Bangunan'  dan 'Mero**k / Dad*h' ?

'Bunuh Diri Terjun Bangunan' mendatangkan hasil 'on the spot' akan mati. 

'Mero**k / Dad*h kesannya adalah jangka panjang. Begitu juga dengan 'Penjajah Nafsu' ini.

Kenapa 'Penjajah Nafsu' ini amat bahaya?

Kerana apabila kita mendahulukan Nafsu dalam setiap perkara akan mengkucar-kacirkan setiap urusan kita. 

Contohnya : kes pukul anak, isteri, buli, rasuah, tipu dan lain-lain. Adakah kita untung? tidak sama sekali. 

Malah rugi-serugi-ruginya *tiga serangkai*.


Akibat daripada perbuatan ini :
  1. Allah tidak redha JIKA tidak bertaubat.
  2. Di cemuh masyarakat.
  3. Hidup tidak tenteram.
  4. Sentiasa dihimpit kesusahan.
  5. Pasti ada balasan sama ada di DUNIA atau AKHIRAT.
  6. dan lain-lain.
Allah berfirman tentang Hawa Nafsu : 


أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا
Terj. : Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan HAWA NAFSUNYA sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?,



أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Terj. : Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan HAWA NAFSUNYA sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya 

dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat).

 Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?


 Penyelesaian Terbaik  

Setiap masalah pasti ada penyelesaian, yang kami 

utarakan ini mungkin secebis dari banyak - banyak 

cara penyelesaian.


1. Kembali pada Allah dengan makna kata lain, diri ini perlu 

bertaubat,memohon dan rujuk kepada Allah. 




Firman Allah : Surah Az-Zumar : Ayat 53

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Terj : Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. 

Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


2. Memberi Manfaat pada orang lain : berusaha memberi 

manfaat; ada setengah orang Allah rezekikan duit lebih, 

maka infaqlah, memberi manfaat sesuai dengan keadaan 

kita :


Baca : 3 Cara Mudah & Berkesan Menghindari Maksiat


Hadith Nabi : Abu Hurairah dihasankan oleh Albani


خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

Terj : Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat pada manusia yang lain

3. Mengajak (Dakwah) : mengajak keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sama menyampaikan mesej ini. 

Mudah-mudahan mereka dapat manfaat dan hidup kita lebih tenang.


Baca : Cara Dakwah yang Berkesan & Semua Orang Terima


Firman Allah : Surah An-Nahl : Ayat 125

 ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Terj : Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. 

Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan 

Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Akhie Jom - Dakwah Moden,Info Tarbiah,Empayar Daie. Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Templates